Kerja dengan bayaran gaji mingguan

Siapa ada masalah ni? Walaupun dah ada kerja full time dengan gaji yang stabil, namun kadang-kadang cash in hand masih tak cukup. Mana tak nya dengan komitmen macam-macam kan? Lepas settle bayar kereta @ motor, bayar rumah, bayar bil-bil lain, terpaksalah ikat perut untuk barang anak, isi minyak dan sebagainya. Bila keluar sikit-sikit, tak rasa macam banyak tapi bila semak penyata akaun di hujung bulan, duit tak cukup pula.

Solusinya senang sahaja – cari kerja part time dengan gaji mingguan! Di sini ada beberapa kerja part time dengan gaji mingguan yang korang boleh cuba!

Grab / MyCar / Lain-lain kerja part time driver – Gaji dapat juga dalam bentuk cash setiap hari. Tapi bila dah start tu, alamak, duit tetap kena keluar untuk top up minyak. Mileage cepat naik, kena kerap servis kereta. Tak lama lagi, GRAB juga akan dibawah undang-undang Kementerian Pengangkutan dan dikenakan bermacam-macam bayaran sebelum dapat buat job. Aduhh, keluar duit lagi. Thank you, next je la… 

Jual barang online / jadi runner – Yang ni lagi best, kalau pandai marketing hari-hari boleh dapat order. Tapi kalau tak reti nak marketing, dan malu nak promote kat kawan-kawan dan family, sampai bila-bila pun takkan dapat order. Memang lah boleh belajar, tapi online business ni lebih untuk long term income, dan tak sesuai untuk mereka yang perlukan duit serta-merta.

Cikgu tuisyen – Ni sesuai untuk mereka yang berotak cerdas dan sentiasa dahagakan ilmu. Maklumlah, silibus pelajaran dah banyak berubah sejak zaman kita belajar dulu, dan sekarang silibus macam makin lama makin advance. Bukan itu sahaja, orang yang berhasrat untuk menjadi cikgu tuisyen juga memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan pandai menilai murid mereka, terutamanya jika membuat kelas ramai-ramai. Selalunya, ibu bapa akan membayar secara bulanan untuk kelas tuisyen, tapi kalau nak cas ikut sesi pun boleh juga. Tapi pening sikit sebab kena pandai marketing untuk promote kelas sendiri dan juga melibatkan sedikit ulangkaji sebelum mula mengajar.

MAIDEASY – Tak menyakitkan kenderaan, tak perlu banyak berfikir dan yang paling best, tak melibatkan marketing! Maideasy akan promote untuk mendapatkan booking customer untuk korang dan memandangkan customer wajib membuat bayaran sebelum sesi, tak perlu risau pasal kena tipu dengan customer! Siap boleh plan jadual anda siap-siap, dan boleh tetapkan sendiri waktu berehat. Job pun sentiasa ada, dari Isnin-Ahad, termasuklah public holiday. Kalau buat hari-hari, boleh mendapat gaji mencecah RM1,000 dalam satu minggu sahaja, dan tiada tolakan EPF Socso. Jadual kerja flexible, tak perlu report kepada siapa-siapa dan gaji lumayan! Bayaran pula RM16/jam (belum termasuk bonus) untuk kerja yang sangat sangat senang – mengemas rumah. 

Macam mana, best kan? Syarat-syarat untuk menyertai Maideasy pun sangat senang:

Warganegara Malaysia / Penduduk tetap (Pemegang IC merah)
Berumur 18 tahun – 50 tahun
Mempunyai telefon Android
Mempunyai transport sendiri – kereta atau motor

Klik sini sekarang untuk mendaftar! Ataupun telefon kami di 03-2770 2808 untuk sebarang pertanyaan. Jangan risau sekiranya tidak pernah mencuci rumah orang lain, training kami akan sediakan secara PERCUMA!

Bestnya… Saya nak sertai Cleaning Crew Maideasy!

Ketahui lebih lanjut mengenai kerja di Maideasy, faedah-faedah serta cara-cara untuk menyertai team kami