Jom kerja cleaner

Tentukan bila anda ingin bekerja, lokasi yang anda mahu dan get paid!

Ingin menyertai pasukan cleaner kami?

Bila disebut saja cleaner atau pembantu rumah, pasti masyarakat akan beranggapan ini hanyalah kerja untuk warga asing. Tambahan pula pada zaman yang serba canggih ini, manakan ada orang kita nak yang sanggup memilih pekerjaan sebagai cleaner.

Walaupun pekerjaan sebagai cleaner itu dianggap remeh, jangan terkejut kalau anda mendapati yang dompet mereka pun tebal. Nak tahu kenapa? Sebab cleaner adalah salah satu pekerjaan yang mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa saja, malah dibayar dengan upah yang agak tinggi berbanding pekerjaan yang setara dengannya. Yang menarik lagi, melalui Maideasy , anda adalah BOS. Anda yang akan menentukan masa kerja anda sendiri, sama ada sepenuh masa atau secara sambilan mengukut kelapangan anda.

Senang cerita, tiada kerja yang dapat memberikan anda faedah di atas sebaik cleaner Maideasy!


Kenapa Maideasy?

Bayaran Lumayan

Kami akan memastikan anda mendapat bayaran yang terbaik dan menguntungkan.

Masa Kerja Fleksibel

Anda boleh memilih sama ada untuk berkerja secara sambilan atau sepenuh masa. Isi jadual anda dengan seberapa banyak kerja mengikut kemampuan anda.

Bayaran Mingguan

Pihak kami akan sentiasa memastikan anda dibayar dengan cepat dan telus!


Apa kata Cleaner kami?

Saya gembira kerana saya dapat seimbangkan tugas dan kehidupan oleh sebab jadual waktu kerja Maideasy yang fleksibel. Bukan sahaja saya mempunyai masa untuk bersama dan menguruskan keluarga, saya mendapat pendapatan yang amat memuaskan daripada Maideasy !

Saya suka bekerja dengan MaidEasy kerana saya mendapat pelbagai pengalaman bekerja. Saya mendapat latihan secukupnya, dan pelanggan juga baik-baik. Saya amat berpuas hati

Saya mendapat kepuasan bekerja di Maideasy ! Tiada tekanan atau bebanan. Masa bekerja amat fleksibel dan kerja juga mudah.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Berpewatakan positif dan mampu mendengar arahan
  • Berumur 18 – 50 tahun
  • Memiliki kenderaan sendiri (motosikal/kereta)
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat fizikal dan mampu bekerja
  • Memiliki telefon pintar Android
  • Tiada rekod jenayah

Soalan-soalan Lazim

Susah ke kerja claner ni?

Oh, sangat senang kalau jadi cleaner ni. Bukan sahaja anda bebas untuk tentukan hari dan masa bekerja, malah anda cuma perlu ikut senarai kerja yang kami beri dan selesaikan. Jenis tugasan termasuklah membersih dan mengemas rumah, mengemop lantai dan menyusun atur barangan hiasan. Selain itu, anda juga akan berasa rileks kerana tidak perlu bergerak terlalu banyak.

Gaji yang saya boleh dapat?

Bayangkan jumlah upah sebanyak TIGA kali ganda daripada bekerja di restoran makanan segera. Bukan itu saja, jika anda bekerja secara sepenuh masa, anda boleh memperoleh gaji bulanan sebanyak RM2000 atau lebih dengan mudah!

Siapa boleh jadi Cleaner?

Kerja cleaner ni tak susah. Sesiapa saja boleh buat, tak kiralah anda seorang pelajar yang ingin cari duit lebih atau seorang surirumah yang mempunyai banyak masa lapang. Dengan sistem kerja Maideasy, anda boleh kerja ikut kemahuan dan kemampuan sendiri. Tapi ingat: lagi banyak kerja anda lakukan, lagi banyak duit yang anda dapat. Anda juga boleh pilih hari untuk bekerja dan bercuti. Sangat mudah,kan?!!

Apa yang istimewanya Maideasy ni?

Maideasy bukanlah cleaning company, jadi, anda bukanlah bekerja untuk kami. Kami sebenarnya bekerja mencari pelanggan untuk anda. Kami menyediakan laman web dan aplikasi telefon pintar yang membantu pelanggan menggunakan perkhidmatan anda.

Daftar Sebagai Crew Maideasy Sekarang!

Untuk menyertai kami, sila isikan maklumat anda pada borang di bawah.