Salam Ramadan 1440,

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera warga Maideasy,

Saya, Meriza Anna, dari pihak Maideasy, ingin mengucapkan Ramadan Mubarak kepada semua pelanggan dan cleaning krew Maideasy. Kepada warga Maideasy yang beragama Islam, diharap ibadah puasa kita tahun ini diterima oleh Allah SWT dengan Hendak-Nya. Kepada warga Maideasy tak kira tua muda yang berbagai bangsa, gunalah bulan mulia ini untuk mengenal erti kesabaran dan saling memahami satu sama lain. Krew kami akan menjalankan tugas seperti biasa tetapi ada kemungkinan masa sesi dicepatkan sedikit untuk memberi ruang kepada mereka untuk berbuka puasa bersama keluarga yang tercinta.

Sudah genap tiga setengah tahun Maideasy beroperasi dan berbagai kisah dan coretan masyarakat diperolehi sepanjang perjalanan kami. Pelanggan Maideasy rata-rata disenangi krew Maideasy dan bersama-sama menyumbang untuk kesejahteraan golongan krew yang banyaknya datang dari latar belakang agak susah. Sebagai pelanggan, segala servis yang dibekalkan oleh krew kami sedikit sebanyak digunakan untuk menanggung kehidupan mereka dan keluarga mereka. Maideasy juga terlibat dalam aktiviti-aktivit sosial yang berusaha meningkatkan kualiti hidup warga Maideasy.

Salah satu cerita warga Maideasy ialah pekerjaan sebagai krew kami memberi mereka peluang untuk mencari nafkah dengan cara halal. Sebagai orang Islam, rezeki yang halal itu ada pentingnya supaya musibat dapat dielakkan, Insyaallah. Apabila pelanggan dan team Maideasy berkenalan dengan warga krew yang berbagai warna dan latar belakang, bermacam luahan hati didengari dan diharap apabila kami saling mengenali, akan lahirnya perasaan sayang kita kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

Lagi satu contoh keperihatinan warga Maideasy adalah apabila krew kami, Puan Azimah, kerosakan bumbung tempat tinggalnya akibat dilanda ribut mendapat sokongan dari pelanggan Maideasy dengan menyumbang kos pembaikan rumahnya. Alhamdulillah dengan wang yang diderma kepada Puan Azimah, dia dan keluarganya tidak kehilangan tempat tinggal. Beginilah misi Maideasy untuk merapatkan jurang pelanggan yang senang dan baik hati untuk menolong mereka yang susah tidak mengira bangsa dan agama. Puan Azimah merakamkan rasa syukur dan rendah hati apabila menerima bantuan dari warga Maideasy. Walaupun mereka ini susah, selagi ada keringat, selagi itulah mereka akan bekerja keras. Mereka ini bukan dari golongan yang suka meminta-minta.

Dari aspek sosial, Maideasy akan memperbanyakkan lagi akitiviti-aktiviti sosial untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup warga Maideasy. Aktiviti seperti gotong-royong, kelas-kelas tambahan English dan komunikasi contohnya akan dilaksanakan oleh team Maideasy, Insyaallah. Krew Maideasy walaupun dari golongan susah adalah golongan yang berwawasan. Mereka ada cita-cita untuk memperbaiki diri dan mencapai impian yang tersirat dalam hati. Maideasy juga ingin melihat masyarakat sekeliling kita maju kehadapan.

Akhir sekali, saya dan team Maideasy khususnya, menjemput warga Maideasy yang terdiri daripada pelanggan dan krew, bersama-sama menjayakan misi untuk memajukan masyarakat Malaysia. Disiplin diri bermula pada setiap tahun dalam bulan Ramadan bagi kita muhasabah diri dan meningkatkan taqwa kepada Allah SWT. Kejujuran dan keikhlasan dalam kerja amat dituntut oleh Islam.

Terima kasih warga Maideasy dan Ramadan Mubarak,

Meriza Anna

Co-founder, Maideasy Sdn Bhd