Cleaner Spotlight: MaidEasy Cleaner of the Month – January

Jom kenali Maideasy Cleaner of the Month – January kami, Cik Lidana! Dia adalah seorang yang rajin dan bersemangat!

Cleaner of the month: Cik Lidana dari Cheras

Pendidikan: Diploma Pengurusan Hotel & Katering

Jawatan lepas: Senior Housekeeper di sebuah hotel in Johor Bahru

Kawasan Pembersihan: Sekitar Lembah Klang – Lidana sanggup travel jauh untuk mencari rezeki!

Menurut Lidana, dia telah memilih untuk bekerja dengan Maideasy kerana gaji yang lumayan. Upah yang diterimanya adalah tiga kali ganda daripada gaji yang dia terima semasa berkhidmat di sebuah hotel! Dia kini bukan sahaja dapat menampung kehidupannya di ibu kota, dia juga dapat menghulurkan wang kepada ibunya setiap bulan.

Selain itu, Lidana suka akan fleksibiliti yang Maideasy dapat berikan kepadanya. Dia dapat memilih sendiri masa dan lokasi tugas yang diingini. Dengan peluang masa bekerja yang fleksibel ini, Lidana dapat melakukan pekerjaan lain – berniaga gerai di malam hari dan juga menjadi seorang ajen jual kereta. Sungguh rajin, kan?!

Seorang individu yang komited dengan kerjayanya, bersemangat untuk memperbaiki kehidupannya, amat ceria dan peramah, Lidana sentiasa mendapat pujian dan rating yang tinggi dari pelanggan. Tahniah Lidana! Kami amat berbesar hati untuk menganugerahkan ‘Cleaner of the Month – January‘ kepadanya.