Crew of the Month – January

“Pada mulanya kami pun was-was, betul ke boleh dapatkan RM1,000 seminggu? Macam tipu je. Tetapi bila kami sudah merasa sendiri pendapatan sehingga RM1,000 seminggu, kami pula jadi semangat dan setiap pagi tak sabar nak bekerja!” seloroh wanita ini yang dikenali sebagai Kak Zaity. Beliau adalah Crew of the Month untuk bulan Januari 2019 dan pasangannya Eddy yang bersama-sama mengejar pendapatan lumayan di Maideasy.

Kisahnya bermula pada 4 bulan yang lalu ketika mereka bercuti di Korea, Encik Eddy, pasangan Kak Zaity gemar memuat naik aplikasi telefon mudah alih, dan ternampak aplikasi Maideasy. Lantas mereka terus menyelidik mengenai Maideasy dan mendapati Maideasy adalah peluang mereka untuk menjana pendapatan lumayan dengan masa yang fleksibel. “Bila kami dah pergi ke sesi briefing dan training kami sangat teruja, bila admin terangkan dan kami sendiri tengok contoh-contoh krew yang berpengalaman dan semangat kami berkobar” kata Kak Zaity yang dahulunya pernah bekerja mencuci rumah di Australia.

Kak Zaity berpendapat bahawa di Malaysia, orang ramai masih lagi mempunyai pemikiran bahawa kerja membersihkan rumah bukanlah kerja yang profesional, sedangkan di negara membangun lain seperti United Kingdom dan Australia kerjaya sebagai pembersih rumah sangat dihargai dan dipandang profesional. Kak Zaity berpengalaman bekerja di Australia sebagai pembersih rumah selama 4 tahun dan kata Kak Zaity pengalaman beliau di sana mengubah pemikiran beliau. Semenjak dari itu Kak Zaity memang seronok mengemas rumah.

Kak Zaity dan pasangannya Eddy memang sangat positif dan sentiasa memandang kehadapan dan sentiasa bersemangat untuk memajukan diri mereka. Mereka juga dalam perancangan untuk membeli kenderaan yang lebih besar kerana mereka mahu menambahkan skop kerja mereka di Maideasy untuk servis -servis lain seperti move-in and move-out servis. Pasangan ini juga gemar bercuti, bagi mereka seronok bila kerja rajin – rajin dan selepas itu boleh reward diri sendiri.

Di Maideasy kami sentiasa mencuba untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami. Kami memberi kepercayaan dan sentiasa yakin bahawa krew kami adalah yang terbaik dan profesional! Sekian sahaja untuk kali ini.